Saturday, June 19, 2010

Nabil Raja Lawak Takut Dengan Cawan

Nabil Takut Dibaling Cawan

“Ianya juga sama macam mat rempit, kerana nila setitik rosak susu sebelangga,” itulah yang boleh dikatakan oleh Nabil apabila diminta memberi komen mengenai masalah disiplin yang dihadapi oleh sesetengah artis. Nabil ditemui pada majlis pelancaran teater muzikal ‘Cuci’ untuk musim kedua di Istana Budaya.

Dalam temuramah itu juga, Nabil akui dia tidak sanggup dilempar cawan, jika terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengannya. Bagi dirinya sendiri, ketika menerima tawaran untuk terlibat dalam teater muzikal ‘Cuci,’ dia sepatutnya sudah selesai dengan sebuah produksi drama, tetapi, atas sebab yang tidak dapat dielakkan, pengambaran drama berkenaan berlanjutan selama dua minggu lagi dan bertindih dengan jadual latihan teater.

“Penyelesaian ialah saya akan bangun awal pagi untuk ke pengambaran drama, bila pukul dua ke latihan teater sehingga pukul sepuluh malam, dan selepas itu kembali ke lokasi,” cerita Nabil lagi.

“Sekarang tidak boleh bermain-main seperti dulu,” ujarnya. Jika sebelum ini juga, dia mengaku mempunyai masalah untuk bangun pada awal pagi. Tetapi kini dia sudah mampu menyelesaikan masalah tersebut. Terang Nabil pula, “Biasanya, waktu dulu, saya sering melepak dan minum-minum hingga lewat malam. Sering menunggang motorsikal berjalan-jalan di sekitar kota, tetapi setelah dinasihati oleh kekasihnya, Irma Hasmie, semuanya sudah berubah.”

Nabil yang cukup dikenali dengan lawak spontannya juga ditanya, adakah perkara yang berlaku kepada rakan artis lain memberi kesan kepadanya, balas Nabil, “Saya memang mengambil iktibar.”